Turki, sejak dulu bersungguh-sungguh mengatakan ia negara sekular. Malah, di dalam perlembagaan mereka, disebut Turki sebuah negara sekular!
Bersungguhnya!
Erdogan pun acap kali sebut, dia akan pertahankan status Turki sebagai negara sekular.. Erdogan juga tidak mengaku partinya parti Islam.
Namun, dunia khususnya umat Islam tetap menganggap Turki negara Islam! Malah Erdogan dijulang ramai orang terutama dari blok Arab sebagai pemimpin harapan Islam sejagat!
Demikianlah cara manusia menilai. Yang diambil kira ialah aspek amalan, bukan slogan, dan bukan motto serta retorik yang gegak gempita!
Jauh dari itu tidak diambil kira langsung perlembagaan yg menyatakan Turki negara sekular!
Manusia tetap kata Turki negara Islam!
Mereka tidak peduli langsung ikrar Erdogan utk pertahankan sekularisme di Turki! Mereka tetap julang beliau sbg pemimpin harapan ummah!
Jadi...
Berhentilah berpaut pada slogan dan retorik semata-mata seperti;
◆ Membangun Bersama Islam!
◆ Negeri Serambi Mekah!!
◆ Menyelamat Negara Dengan Islam!
◆ Membawa Islam ke Putrajaya (sbg contoh)!
◆ Negara Makmur Bila Islam Memerintah!
◆ Membangun Negara Dengan Islam!
Bla Bla Bla...
Semua ini slogan yang melagukan...
Yang rakyat mahu tengok ialah bagaimana masalah pengambilan pil kuda (sbg contoh semata2) boleh diselesaikan dengan Islam...
Bagaimana Islam menyelesaikan masalah keperluan asas ( air sebagai contoh) dan kebersihan bandar-bandar Islam (sekali lagi, sbg contoh).
Bila semua masalah ini dan seumpamanya dapat diselesaikan, rakyat sudah tidak peduli apa nama anda, apa slogan anda (atau langsung tidak ada slogan pun tak apa)
Mereka tetap akan sokong anda...!
Sebuah pelajaran yang barangkali pahit dari Turki.
Kredit: Nazri