Sekadar pandangan ku..
Ketiadaan KETUA UTAMA sbgaimana fungsi Pengerusi BN yg mnjadi pakatan pmbangkang sukar disatukan..
Perpecahan dalam Pakatan Rakyat aku mrasakan ia berpunca apabila tiadanya pucuk pimpinan yang jelas. Mmg betul ada majlis presiden, ttp sewajarnya ada seorang ketua (bukan ketua pembangkang di Parlimen) yg lebih jelas strukturnya.
Semasa Anwar Ibrahim masih bebas, Anwar sememangnya sbg ketua pembangkang di Parlimen, ttp tidak secara jelas sbg ketua kpd gabungan / komponen PR. Mngkin faktor beliau bgitu dhormati, beliau boleh memainkan peranan penting dlm menyatukan parti2 permbangkang. Amat jelas, apabila ketiadaan beliau, PR mula bergolak. Ini mgkin antara sebab utama, kenapa BN harus memenjarakan beliau.
Hubungan Hadi Awang dgn Anwar Ibrahim yg dilihat sememangnya kurang baik sejak dulu juga menyumbang kpd perpecahan. Faktor TGNAA yg dihormati dr plbagai pihak dlm menjalinkan hubungan tahaluf antara faktor utama kenapa Pas masih bertahan dalam PR sebelum ini. Ini jelas, apabila ketiadaan beliau, "taring" sebenar Pas teserlah & lebih kurang sebulan Pas telah keluar dari PR. Ini diakui sendiri oleh beberapa bekas pimpinan Pas, bhw TGNAA sbg penghalang utama dalam menjalin sebaarang kerjasama dengan Umno/BN atau pendokong paling kuat dlm tahaluf bersama PKR & DAP.
Ketiadaan ketua yg jelas dlm PR selama ini memberi impak kpd sikap Presiden parti terutama dari Pas & DAP apabila berlaku perselisihan & tidak dpt diselesaikan dlm kerangka yg lebih aman & menguntungakn Pakatan Rakyat sendiri yg akhirnya menyebabkan PR itu sendiri berpecah.
Aku fikir, sentimen ini sering dimainkan oleh Umno berkenaan DAP akan jd Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang, menjadi panduan sesetangah rakyat. Bukannya smata tidak faham dari jumlah bilangan kerusi, ttp juga lebih ketiadaan struktur ketua yg jelas dalam pakatan pembangkang. Oleh itu, sentimen2 ini sentiasa boleh dimainkan oleh Umno & terikut oleh Pas kini. Apatah lg sekiranya apabila menampakan DAP lebih dominan atau sbg ketua pembangkang di dlm parlimen.
Dalam Pakatan Harapan, sewajarnya difikirkan secara serius dgn mewujudkan ketua baru bg gabungan pembangkang bg mengelakkan perkara sama terus berlarutan. Hidupnya BN, krn mrk tetap mempunyai ketua yg jelas, dn boleh diselesaikan tanpa melibatkan perpecahan apabila ada perselisihan pndapat sbgaimana konflik antara MCA dgn MIC.
Semasa Anwar Ibrahim masih bersama, ia kurang mnjadi isu krn masing2 seolanh2 bersetuju bhw Anwar selaku ketua (wlpun kurang jelas), Dr Wan Azizah mngkin kurang agresif atau tampak kurang berkesan utk memikul tugas ini. Pimpinan dari DAP akan mengambarkan bangsa Cina akan menjadi PM sekiranya PH menang. Mngkin Parti Amanah agak baru dalam persada politik tanahair, tetapi mereka merupakan pemain yg sudah lama & berpengalaman.
p/s :
Mungkin inilah antara yg dituntut oleh Hadi Awang semasa bsama Pakatan Rakyat. Ttp hakikatnya, umum merasakan cara Hadi Awang memimpin tidak mampu utk manyatukan plbagai fahaman bg mrngalas tanggungjawab ini. Wallahu a'lam.
----------------------------
Daripada Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :Apabila tiga (orang Islam) keluar dalam satu perjalanan maka hendaklah mereka melantik seorang dari mereka menjadi ketua “.(Hadis riwayat : Abu Daud).
AbuHakim
21 Mac 2016
https://www.facebook.com/abu.hakim.73/posts/10206070479587456