KUALA LUMPUR: Susulan tawaran Umno kepada PAS mengenai kerjasama dalam mengukuhkan perpaduan Islam, parti itu kini dalam proses menerangkan kepada ahli-ahli mereka berhubung kerjasama itu.
Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata ia masih baru untuk ahli, PAS masih lagi berusaha untuk memberikan pemahaman yang jelas berhubung perkara itu.
"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu.
"Boleh lihat benda baru ada suasana kefahaman masing-masing, pokoknya dalam PAS apa yang dibawa oleh presiden perlu bersikap kolektif atas nama parti, itu keputusan kolektif," katanya.
Beliau berkata demikian pada mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) ke-6 di Kuala Lumpur hari ini.
Ahli Parlimen Kota Baru itu turut berkata PAS terbuka untuk menerima mana-mana pihak yang mempunyai perjuangan yang sama dengan parti Islam itu.
"Prinsip perjuangan PAS katanya adalah berlandaskan syariat Islam dan apabila terdapat pihak yang sama mempunyai prinsip sama PAS akan bersikap terbuka.
"Sepanjang masa PAS berjuang atas dasar itu apabila sampai ketika ada pihak lain yang mahu ambil prinsip sama dan bersikap terbuka menjayakan agenda bersama.
"Atas kata kuncinya perpaduan berdasarkan syariat kita sedia bersama dengan mana-mana pihak atas kebaikan orang Islam," ujar beliau.
Takiyuddin bersama-sama pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali turut hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan Perkasa, hari ini.
http://antarapos.com/bm/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WmcZJjag==
---------------------------------------------
Rasanya ramai dah faham serta fakih lg.. Psl tuh snggup backup apa sj yg pimpinan buat samada scara duduk, baring atau tido..