Kerjasama PAS-Umno: Parti dalam proses beri penerangan kepada ahli

KUALA LUMPUR: Susulan tawaran Umno kepada PAS mengenai kerjasama dalam mengukuhkan perpaduan Islam, parti itu kini dalam proses menerangkan kepada ahli-ahli mereka berhubung kerjasama itu.

Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata ia masih baru untuk ahli, PAS masih lagi berusaha untuk memberikan pemahaman yang jelas berhubung perkara itu.

Bagi yang nak baca

Bg yg nk baca dn buat sdikit analisa dr kemelut yg berlaku.. Lps tu nilai laaa sendiri...

----------------------------------

Oleh : Ahmad Sayuti Bashiron

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menulis pada Khamis 10/12/2015 minggu lepas, pada perenggan ke-6,

"PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi PKR dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat"

TEKS UCAPAN PENUH BAJET 2016

Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016
di Dewan Rakyat hari ini bertemakan:
“MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT”
Tuan Yang Dipertua,
Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2016 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.
MUKADIMAH

Ke mana hilang bijaksana, keikhlasan Hadi?

ULASAN Apabila mendengar mukadimah ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam rakaman video Mukhayyam Tarbawi PAS Kawasan Machang pada 3 September di Rusila, saya sebenarnya merasa lega.

Terdetik dalam hati saya bahawa kebijaksanaan dan keikhlasan mungkin sudah kembali kepada pimpinan bekas parti saya yang telah saya sertai sekian lama.

Malangnya kenyataan di penghujung video itu tidak sebijak atau seikhlas permulaannya.

Malang sekali apabila kebijaksanaan dan keikhlasan yang diceduk dari kisah para sahabat hanya diceritakan tetapi tidak dicontohi.

Akta 355 - Akta Mahkamah Syariah


Sapa penasihat undang-undang kpd pembuat jadual ini??

Ambo nak oyat jika pun usul ini diluluskan ;
1. Item 9 dan 10 dlm jadual tetap tidak boleh dibicarakan di mahkamah syariah kerana kesalahan qisas tidak termasuk dlm bidangkuasa mahkamah syariah wpun pindaan tersebut memberi kuasa di segi hukuman,
2. Jika kesalahan zina, minum arak dan qazaf shj (spt dlm item 4, 5 dan 6) yg menjadi tumpuan Pas dlm melaksanakan hukum Islam, Pas tidak perlu bersusah payah sehingga dua kali meluluskan kanun jenayah syariah II iaitu thn 1993 dan 2015 kerana kesalahan2 tersebut telah ada dlm Kanun Jenayah Syariah 1985 dan telah termasuk dlm bidangkuasa mahkamah syariah semenjak ianya ditubuhkan lagi.

Apa tujuan sebenar Pas menghighlightkan isu hudud dan qisas melalui enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 kalaulah sekadar setakat itu shj yg menjadi hasrat perjuangan Pas dlm bab hudud??

Perbandingan Sikap Almarhum TGNA dan TGHH dalam Persoalan Tahaluf

Saudara Nordin Ali telah memberi respon kepada tulisan saya berhubung pengkhianatan yang dilakukan PAS terhadap PR semasa di bawah kepimpinan TGHH. Dia menjawab bahawa TGNA juga mempunyai sikap yang sama dengan TGHH dan oleh itu sepatutnya saya gelarkan tindakan Almarhum TGNA sebagai suatu pengkhianatan juga. Dia telah memberi beberapa hujjah dan alasan untuk menyokong dakwaannya itu.

Dia berusaha menyamakan tindakan TGHH di Kota Damansara dengan tindakan TGNA di Kota Bharu pada 2004 dan 2008 sedangkan kedua-dua peristiwa ini bukan sekadar berbeza tetapi bercanggah di antara satu sama lain. Sebelum saya jelaskan mengapa ianya bercanggah dan berlainan, biarlah saya kemukakan dulu hujjah saudara Nordin.

Kisah Tuan Syed Hussein Ali : PRU 2004

Tuan Syed Hussein Ali ingin diturunkan oleh PKR sebagai calon mereka di Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya tahun 2004. Almarhum TGNA membantah cadangan itu dengan mengatakan bahawa selama ini orang Kelantan telah diajar bahawa “Sosialis itu adik beradik dengan Kommunis” maka sekiranya Tuan Syed diturunkan di Parlimen Kota Bharu, dikhuatiri beliau akan ditolak pengundi. Hasil dari itu maka PKR telah menukarkan calon mereka dan meletakkan Nik Mahmood Nik Hassan. Tuan Syed Hussein pula telah diturunkan sebagai calon PKR di Negeri lain tanpa bantahan dari PAS.

Kisah PRU 2008 : Diletaknya Dato Wan Rahim

Versi saudara Nordin ini dipertikaikan kesahihannya oleh Dato Wan Rahim sendiri. Namun saya bentangkan juga untuk pengetahuan semua dan sertakan sekali penjelasan saya walaupun versi ini dipertikaikan.

Pada PRU 2008 Almarhum berusaha meletakkan calon PAS di Parlimen Kota Bharu walaupun kerusi Parlimen Kota Bharu merupakan kerusi yang ditandingi PKR sejak 1999. Ini adalah atas sebab keputusan PRU 2004. Ketiga-tiga kerusi DUN di dalam Parlimen Kota Bharu dimenangi calon PAS tetapi kerusi Parlimen Kota Bharu yang ditandingi PKR dimenangi UMNO. Maka Almarhum membuat kesimpulan bahawa PKR bukan parti pilihan rakyat di Kota Bharu dan oleh itu berkeras untuk PAS bertanding di kerusi Parlimen tersebut.

Hasil dari tindakan Almarhum maka PKR Kelantan membuat keputusan untuk tidak bertanding di mana-mana kerusi di Kelantan. Almarhum seterusnya menyebut PKR sebagai parti yang mencelarukan dan PAS bersedia menghadapi BN secara bersendirian tanpa kerjasama PKR di Kelantan.

Walaupun demikian, hasil perbincangan, akhirnya PKR tetap bertanding juga di Kelantan pada 2008 dan telah berjaya memenangi beberapa kerusi DUN dan Parlimen.

ANALISA DAN RUMUSAN

Ini adalah dua hujjah utama yang dikatakan Saudara Nordin bahawa sikap Almarhum TGNA adalah sama sahaja dengan TGHH. Sebenarnya ianya adalah sebaliknya. Sekiranya peristiwa yang melibatkan Almarhum TGNA dibandingkan dengan TGHH, perbezaannya akan menjadi amat ketara bagi yang ingin mencari kebenaran.

1. Sikap dan Pernilaian Almarhum TGNA Kes Tuan Syed Hussein

Jika dilihat dari pendirian Almarhum TGNA, maka amat jelas bahawa keinginan Almarhum ialah supaya calon yang diletakkan akan menang atau mempunyai harapan untuk menang. Ini adalah kerana Almarhum tidak mahu melihat UMNO memenangi kerusi Parlimen tersebut. Pandangan Almarhum TGNA adalah sebagai seorang rakan Tahaluf yang jujur yang ingin melihat calon PR menang dan UMNO kalah. Oleh itu Almarhum menegur pilihan Tuan Syed Hussein sebagai calon di Kota Bharu. Ianya keputusan yang tidak mengambil kira waqi’ politik Kota Bharu dan Kelantan.

Harap maklum bahawa pencalonan Tuan Syed di kawasan lain TIDAK dibantah oleh Almarhum TGNA atau PAS pada ketika itu. Hakikat bahawa PAS tidak membantahnya membuktikan bahawa ianya keputusan yang dibuat berdasarkan waqi’ politik Kelantan.

2. Sikap dan Pernilaian Almarhum TGNA Kes Kota Bharu 2008

Begitu juga dengan keadaannya pada PRU 2008. Berdasarkan fakta dan statistik, Almarhum menjelaskan bahawa amat sukar bagi calon PKR menang di Parlimen Kota Bharu. Maka adalah lebih baik letakkan calon PAS. TGNA menganggap tujuan bertanding adalah untuk menang, lebih-lebih lagi dalam keadaan kemenangan itu boleh diperolehi. Adalah tidak masuk akal demi mempertahankan kerusi sebagai milik parti PKR dalam keadaan diketahui berdasarkan keputusan PRU lepas, bahawa calon PKR akan kalah. Ini akan mnyebabkan UMNO menang dan dengan itu, Almarhum TGNA sebagai rakan PR, tidak sanggup membenarkannya.

Respon Almarhum TGNA terhadap pendirian PKR menarik diri bertanding di Kelantan pada tahun itu hasil pendirian beliau adalah kerana seolah-olahnya faktor menang itu tidak dipentingkan oleh PKR. Oleh itu dikatakan pemikiran PKR Kelantan ‘mencelarukan’. Ini adalah kerana faktor kemenangan adalah yang terpenting bagi sesebuah parti politik. Namun akhirnya ianya selesai dengan baik melalui perundingan.

Maka dalam kedua-dua peristiwa yang disebut oleh Saudara Nordin, kemenangan calon PR adalah matlamat utama Almarhum. Dalam soal ini kita boleh rumuskan Almarhum TGNA amat jujur dalam mengamalkan tahaluf siyasi ini.

3. Versi Dato Wan Rahim

Mengikut Dato Wan Rahim, sebenarnya kerusi Kota Bharu ditukar dengan kerusi Machang pada 2008 kerana PKR ingin meletakkan Saifuddin Nasution sebagai calon mereka. Ini disebabkan kerana Isteri Saifuddin adalah orang Machang maka lebih sesuai untuk beliau bertanding di situ. Machang asalnya kerusi PAS dan Kota Bharu pula kerusi PKR. Maka yang berlaku adalah pertukaran kerusi secara suka sama suka.

Sambil itu, Dato Wan Rahim sebagai YDP PAS Kota Bharu ditugaskan untuk bertanding di Kota Bharu.

4. Perbandingan Dengan Kes Kota Damansara

Bagaimana pendirian Almarhum TGNA boleh disamakan dengan pendirian TGHH dalam kes Kota Damansara? Ianya bagaikan langit dengan bumi.

Di Kota Damansara, Dr. Nasir adalah ‘incumbent’ atau mempertahankan kerusi yang telah dimenanginya pada 2008. Oleh itu, keadaan beliau tidak sama dengan Tuan Syed Hussein. Dr. Nasir telah menang dan beliau telah membuktikan bahawa beliau boleh menang. Maka ianya tidak sama juga dengan kes Kota Bharu pada 2008. Kalau Dr. Nasir telah kalah pada 2008 mungkin boleh digunakan sebagai hujjah untuk menolak beliau tetapi hakikatnya beliau telah menang.

Amat jelas, keputusan TGHH untuk membenarkan ‘sahabat menantunya’ bertanding bukan bertujuan menentukan kekalahan BN dan kemenangan calon PR. Sebaliknya ia dilakukan dengan penuh kesedaran bahawa melalui itu, calon UMNO berkemungkinan boleh dan akan menang!

Melakukan sesuatu yang memungkin rakan kalah dan lawan menang, itulah maksud dan takrif perkataan ‘khianat’. Maka inilah apa yang telah dilakukan di Kota Damansara dan yang paling malang sekali ialah TGHH langsung tidak berasa bersalah, walaupun sedikit, bahawa UMNO telah menang atas sebab tindakan beliau itu. Tiada kekesalan pada masa itu hingga ke hari ini.

Ini belum lagi kita ambil kira persetujuan bersama di semua peringkat untuk membenarkan Dr. Nasir bertanding sekiranya beliau menggunakan lambang PKR. Ini merupakan sayarat seperti yang dikenakan ke atas beliau pada 2008. Persetujuan ini dikhianati. Tiada persetujuan yang sebegitu yang telah dikhianati TGNA.

KESIMPULAN

Kita boleh terus berputar belit dengan hujjah itu dan ini demi menegakkan benang yang sudah basah. Kita juga boleh memberi seribu satu alasan untuk mempertahankan tindakan pemimpin yang disanjungi. Namun ia tetap alasan dan ia tetap putar belit yang dapat dilihat jelas oleh rakyat jelata.

‘Pengkhianatan’ terhadap PR yang dilakukan TGHH adalah terang lagi bersuluh. Saya dan rakan-rakan telah cuba menegur pengkhianatan itu tetapi kami pula yang dipersalahkan sehinggalah terjadi apa yang telah terjadi. Kejujuran dalam berpakat membezakan pendekatan Almarhum TGNA dan TGHH. Pendekatan TGNA adalah pendekatan berdasarkan prinsip Islam.

Kejujuran Almarhum terus terserlah apabila difikirkan bahawa Kelantan diperintah PAS sejak 1990, iaitu selama 25 tahun. Jika mahu difikirkan, PAS terkuat di Kelantan. PAS Kelantan yang paling layak untuk mendakwa mereka tidak memerlukan PKR atau DAP. Namun Almarhum terus menerima calon PKR untuk bertanding di Kelantan dan bermesra dengan pimpinan DAP. Almarhum menyebut “sebagai tanda persahabatan”. Ini jauh berbeza dengan apa yang telah berlaku di Terengganu yang mana tidak pernah diperintah PAS selama mana di Kelantan, tetapi amat sukar untuk berunding dan membahagi kerusi sepertimana di Kelantan.

Kejujuran, keikhlasan bersahabat serta berpakat dan keinginan yang bulat untuk menjatuhkan UMNO/BN. Itulah sebenarnya yang membezakan antara Almarhum TGNA dan TGHH.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Rujukan : http://www.khalidsamad.com/2015/09/perbandingan-sikap-almarhum-tgna-dan.html

Parti Mana Sebenarnya Pengkhianat? PAS Atau AMANAH?

PAS tolak 'pengkhianat', tapi boleh khianat? Oleh YB Khalid Samad

ULASAN Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya di sebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina.

Selanjutnya : http://greenboc.blogspot.my/2015/09/parti-mana-sebenarnya-pengkhianat-pas.html

Di Mana Mulanya Krisis PAS?

Apa yang terjadi dengan PAS sebenarnya? – Arifin Zakaria 

1. Dua soalan popular ketika hari raya tentang PAS. Pertama kenapa habis sepasukan pimpinan lama dibuang? Sedangkan dengan merekalah kami kenal PAS. Era 80-an dan 90-an nama popularnya Mat Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Solehudin Ayub dll. Pasca reformasi popular dengan Dr Dzul, Dr Mujahid, Mazlan Aliman, Ustaz Ghani Samsudin, Nizar Jamaludin dll. Tetapi kenapa mereka dibuang kesemuanya? 

2. Soalan kedua popular. Benarkah bekas pimpinan yang tewas ini hendak tubuh parti? Kenapa perlu tubuh parti? Tidak bolehkah bersabar dan tunggu perubahan seterusnya dalam parti? Tidakkah nanti dituduh tidak boleh terima kalah lalu tubuh parti? Tidakkah UMNO sebenarnya yang mengupah mereka ini agar tubuh parti? Tidakkah mereka ini berada dalam percaturan JIM/IRC/IKRAM/HIS untuk ranapkan PAS? Inilah dua jenis soalan yang kerap ditanya. Saya cuba menjawab dengan pengetahuan dan maklumat yang ada pada saya.

Selanjutnya : http://greenboc.blogspot.my/2015/07/pendedahan-panas-di-mana-mulanya-krisis.html

MATLAMAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA

Tindakan Pas yang meragukan aku..
1. Ckp brsama PR ttp dlm masa yg sama berunding proses berUG dgn Umno
2. Ckp bersama PR, ttp letak calon bertindih pd krusi PKR yg akhirnya mmbri kmnangan kpd Umno
3. Ckp bersama PR, tidak berstuju dgn w.azizah sbg MB sdgkan SEMUA adun sbulat suara bstuju. (Nabi pernah ikut pndapat majaroti shbat bila x brsutuju dgn pndapat baginda)
p/s : kalu melibatan perkara2 qat'ie aku x musykil...
4. Ckp brsama PR, ttp cuba tarik azmin ali masuk Pas
5. Ckp brsama PR, ttp
kemuka calon MB Sel dr Pas sdgkan selangor mrk dah bstuju MB dr PKR
6. Melabelkan ahli2 sndiri dgn mcm2 label yg "best". Kalu org Pas atau islam sndiri hilang hormat pd yg dkatakan ulamak, apatah lg non muslim.
Ekoran dr antara kjadian di atas, ramai pimpinan yg digelar G18 telah menasihati, brhujah bhw tindakan trsbut menjurus kpd ppcahan yg akhir mmbawa penyingkiran mrk secara paling tidak demokratik dlm sejarah Pas.


Apakah hal2 sedemikian bukan dikatakan KHIANAT? Khianat kpd tahalluf yg dibuat. Tak tau laa kot ada ulamak anggap itu ijtihad mrk utk mengharuskan/menghalalkan tindakan tersebut. Ekoran dr polemik itu juga, apakah G18 bersalah dalam MENINGGALKAN PENGKHIANAT sehinggakan disabitkan melanggar baiah mereka?


Siapalah aku nk nilai org yg tinggi ilmunya berkenaan AKHLAK.. Aku kritik bkn krn ilmu mrk, ttp tindakan mrk yg yg aku anggap mengundur jauh ke belakang khususnya dlm konteks demokrasi.

Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian II)

Dalam Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian I) saya telah menceritakan latar belakang bermulanya perpecahan dalam PAS dan sebab-sebab mengapa ianya berlaku. Seterusnya saya telah mendedahkan keinginan pimpinan utama untuk mengubah hala-tuju PAS atas sebab ketidak selesaannya berada di dalam PR. Akhirnya saya telah menyatakan bahawa untuk keinginan itu terlaksana, maka dua perkara perlu dilakukan. Pertama, saff pimpinan yang terlalu pro-PR perlu diganti dan kedua, sokongan ahli terhadap PR perlu dilunturkan.

Kaedah bagaimana saff pimpinan dijatuhkan telah saya dedahkan secara terperinci dalam Bahagian I. Dalam Bahagian II ini, saya ingin menjelaskan bagaimana sokongan ahli terhadap PR dilunturkan.

STRATEGI KEDUA: DIGODAKNYA HUBUNGAN PAS DAN PR

Sambil usaha dijalankan untuk menyisihkan saff pimpinan yang terlalu pro-PR, strategi untuk meyakinkan ahli bahawa PAS perlu keluar dari PR turut dilaksanakan. Ini diusahakan dengan mencetuskan perbalahan secara berterusan dengan PKR pada mulanya dan DAP kemudiannya.

FASA 1: PERTEMBUNGAN DENGAN PKR

Pada pilihan raya 2013 dengan tidak semena-menanya telah berlaku ‘drama’ Kota Damansara, tuduhan ‘pil kuda’ dan pertindihan di enam (6) kerusi. Suasana bersepakat yang selama ini tenang dan baik tiba-tiba bergolak seolah-olah tanpa sebab.

Kerusi Kota Damansara telah dipersetujui diperingkat Negeri dan Pusat sebagai kerusi milik PKR. Dr. Nasir yang menjadi ADUN sejak 2008 atas tiket PKR telah berkhidmat tanpa menerima sebarang aduan dari PAS Negeri Selangor, samada dari PAS Kawasan Subang ataupun Majlis Tindakan DUN PAS Kota Damansara. Tetapi secara tiba-tiba beliau dituduh “mempertuhankan Lenin dan Marx” dan oleh itu ahli PAS Subang menolaknya dan meletak calon PAS. Tindakan mereka yang disokong DS Presiden hanya memenangkan calon BN! Namun tiada kekesalan walaupun sedikit ditunjukkan mereka yang terlibat dengan menangnya calon UMNO sehingga ke hari ini.

Begitu juga dengan tuduhan adanya calon PKR yang jual pil kuda! Mengapakah tuduhan ini perlu dilakukan secara terbuka sebegitu rupa sambil pilihan raya sedang berjalan? Tidakkah lebih wajar ianya dijelaskan secara tertutup kepada PKR dengan dibawanya 2 orang saksi atau bukti lain? Tidakkah itu lebih selari dengan kehendak keadilan Islam tanpa dipalit mana-mana individu dengan tuduhan yang sembrono sebegitu rupa?

Berdasarkan tindakan sebegini, tidak salah sekiranya ada yang merumuskan bahawa ianya tindakan yang sengaja dilakukan untuk memulakan ketegangan antara PAS dan PKR!

Selepas sahaja PRU 2013, walaupun pencapaiannya membanggakan dengan PR memperolehi undi popular melebihi 50%, Dewan Ulama PAS Pusat telah mengadakanMultaqa Ulama pertama di mana diusulkan supaya tahaaluf siyaasi dikaji semula. Dalam usul itu, dicadangkan hubungan PAS dengan PKR dikaji kembali. 

i) PR Merugikan PAS?

Keadaan di mana PAS kekurangan kerusi Parlimen dari 23 pada 2008 ke 21 pada 2013 digunakan sebagai hujjah betapa PR merugikan PAS. Sedangkan pengurangan tersebut berlaku hasil perbalahan dalaman PAS Kedah yang tidak ditangani dengan baik sehingga PAS bukan sekadar kehilangan 5 kerusi Parlimen di Kedah tetapi telah kehilangan kerajaan Negeri di Kedah!

Kehilangan kerajaan Negeri dan kerusi Parlimen di Kedah sebenarnya tiada kena-mengena dengan keberadaan PAS bersama PR. Ianya hasil perbalahan dalaman PAS sendiri tetapi seperti biasa, lebih mudah menuding jari pada pihak lain dari mengakui kelemahan sendiri. Pada masa sama, ianya digunakan sebagai alasan untuk memudahkan pencapaian agenda pimpinan utama iaitu menyalahkan PR.

Usul Multaqa Ulama pertama pada 2013 ini kemudiannya berjaya diketepikan dengan menyatakan istilah ‘kaji semula’ bermaksud ‘kaji semula untuk diperbaiki’. Ianya dapat diketepikan pada ketika itu kerana masih ramai AJK PAS Pusat yang pro-PR. 

ii) Pertembungan Dengan PKR Ditingkatkan

Krisis MB Selangor pada 2014 merumitkan lagi suasana apabila DS Presiden berkeras ingin pertahankan TSKI sambil ramai dari pimpinan Pusat dan PAS Selangor sendiri menganggap sebaliknya. TSKI dianggap mempunyai kelemahan dalam pengurusannya dan isu cara penyelesaian hutangnya sebanyak RM56 Juta dengan BIMB turut dipersoalkan.

‘Langkah Kajang’ hasil penolakan terhadap TSKI meruncingkan lagi suasana. Pada ketika itu PKR dan DSAI dijadikan sasaran di ‘media sosial ahli PAS’ seperti FB ‘El-haraki’ dan pimpinan PAS yang menyokong penukaran MB dituduh boneka PKR.

Dalam menghadapi krisis ini Presiden PKR telah turut dihina secara terbuka oleh DS Presiden PAS. Sedangkan, semua memahami, kenyataan tersebut boleh dinyatakan secara tertutup sekiranya hubungan ingin dijaga. Walaupun dihina sedemikian rupa, PKR tidak bertindak balas kerana ingin menjaga hubungan PR.

Seterusnya, kemasukan DSAI dalam penjara berlaku tanpa sebarang tanda simpati atau pembelaan dari pimpinan utama PAS. Ada juga dari PAS yang menganggapnya sebagai ‘satu rahmat’ yang membebaskan PR dari ‘liabiliti’ DSAI! Yang kelihatan bersama DSAI di mahkamah terus dikeji dan dihina melalui media sosial pro-PAS sebagai ‘ahli PAS yang wala’ pada DSAI’.

Mungkin yang diharapkan adalah tindakan balas dari PKR sepanjang episod berbalah dengan PKR dilakukan. Malangnya bagi mereka, PKR tidak bertindak balas walaupun DSAI sendiri dilaporkan telah ditengking oleh dalam satu perjumpaan di Terengganu. Tanpa tindak balas dari PKR, apa yang dikehendaki tidak tercapai dengan sepenuhnya.

FASA 2 : PERTEMBUNGAN DENGAN DAP

>Krisis bersama DAP berhubung isu hudud pula dihadapi pada penghujung 2014. Ianya turut dimanfaatkan ke arah pencapaian matlamat yang diingini. Giliran untuk ‘pimpinan yang ingin dijatuhkan’ dituduh sebagai boneka DAP pula! Mereka yang sekian lama dituduh sebagai boneka PKR dibidas dan digelar sebagai boneka DAP pula kerana tidak membela DS Presiden apabila dikritik DAP.

Hakikatnya terdapat juga kesilapan dari pihak PAS sendiri dalam menangani persoalan ini. Semua sedia maklum bahawa krisis ini dicetuskan melalui tawaran yang dibuat seorang Menteri UMNO di Parlimen. Cara ianya disambut oleh pimpinan PAS sambil membelakangkan parti rakan dalam PR antara pencetus perbalahan. Pada masa sama ada juga persetujuan dan janji yang didakwa dimungkiri oleh pimpinan utama PAS.

i) Pertembungan Dengan DAP Ditingkatkan

Namun isu hudud ini lebih mudah diperalatkan untuk menimbulkan ketegangan antara PAS dan DAP. Ahli PAS akan melihatnya sebagai perbalahan yang wajar dan berasas. Amat patut untuk PAS memutuskan hubungan dengan DAP oleh keranannya mengikut pandangan ahli biasa.

Maka Multaqa Ulama kedua pada 2015 menimbulkan kembali kritikan terhadap PR tetapi kali ini disasarkan DAP. Usul Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP mengikuti sejurus selepas itu.

ii) Tercapainya Apa Yang Diingini

Maka akhirnya, selepas berusaha sejak 2008, demi menyelesaikan ‘ketidak selesaan’ pimpinan utama PAS, keputusan yang diingini tercapai melalui pemilihan Muktamar 2015. Pertembungan antara dua aliran pemikiran yang ingin mencorakkan hala-tuju politik PAS diselesaikan dengan kemenangan menyeluruh satu pihak. 

Hala-tuju yang telah diikuti PAS selama ini, yang bersifat inklusif, ‘PAS for All’ serta kommited kepada PR, tidak lagi akan dipertahankan pimpinan PAS Pusat kerana hala-tuju itu bukan lagi pilihan DS Presiden dan MSU. Hakikatnya, hubungan DS Presiden dengan DSAI dan LKS sudah lama rosak dan oleh itu sudah tiada lagi sebarang kejujuran dalam hubungan bersama PR.

Malangnya kaedah yang digunapakai untuk mencapai perubahan pimpinan tidak merupakan kaedah yang telus dan jujur. Ianya tercapai melalui fitnah dan penyebaran kebencian terhadap pemimpin yang tidak dipersetujui mereka. Kempen fitnah dan kebencian ini mengharuskan juga amalan cai buat pertama kalinya di dalam sejarah pemilihan PAS.

Seterusnya melalui adu-domba yang sengaja diadakan antara PAS dan PKR pada awalnya, dan PAS dan DAP pada kemudiannya. Ahli PAS mula pertikaikan PKR dan lebih-lebih lagi DAP. Dengan itu sokongan terhadap PR itu sendiri telah dapat dilunturkan. Mereka yang kuat menyokong PR turut tidak lagi mendapat sokongan penuh seperti dahulu.

PEMBENTUKAN PARTI BAHARU

Dengan penguasaan menyeluruh oleh pihak yang ingin membawa perubahan hala-tuju, termasuk DS Presiden sendiri, maka pihak yang ingin meneruskan hala-tuju lama tidak mempunyai pilihan selain menubuhkan parti baharu. Dulu pandangan mereka dapat juga dikemukakan dan mempengaruhi perjalan PAS, tetapi dewasa ini pendekatan pilihan mereka telah ditolak Muktamar 2015 walaupun tanpa ianya dibahas. Yang dibahas sebaliknya adalah isu lain, seperti ‘anti-ulama’ dan ‘anti-hudud’. Sebenarnya kesemua isu ini adalah sekadar helah untuk menaikkan sentimen kebencian sambil matlamat yang diingini tercapai.

Penubuhan parti baharu yang akan meneruskan pendekatan lama ini terpaksa diusahakan oleh golongan yang telah difitnah. Dengan itu, paling kurang, imej perjuangan Islam yang inklusif dan terbuka, sebagai pembela nasib seluruh rakyat dapat mereka teruskan.

KESIMPULAN

Bagi diri saya, inilah sebenarnya punca perpecahan yang berlaku di dalam PAS.Perbezaan pendapat berhubung ‘wajibnya’ dominasi PAS atau ‘Melayu Islam’ adalah isunya! Malangnya ianya tidak dibincang atau dibahas, mungkin atas sebab ketidak-mampuan berhujjah, atau sangkaan buruk bahawa pihak satu lagi tidak akan menerima walau apa sekalipun hujjahnya! Sebaliknya pendekatan licik untuk menjatuhkan pimpinan dan mencorakkan pemikiran ahli dilaksanakan.

Hasil ketidak-telusan ini maka akhirnya ramai yang bertanya, apa sebenarnya hala-tuju politik PAS? Ramai tertanya-tanya samada PAS ingin bersama PR, bersendirian atau bersama UMNO/BN? Timbulnya soalan ini atas sebab dilihat PAS “cakap tidak serupa bikin”. Analisa saya berusaha untuk memberikan rasional terhadap tindakan PAS yang kelihatan amat bercelaru ini. Tidak dinafikan, bacaan saya mungkin betul, mungkin tidak. Tetapi ini sahajalah yang mampu dirumuskan berdasarkn bacaan dari yang tersurat dan yang tersirat. Ianya sesuatu yang sukar apabila terdapat pimpinan di dalam mana-mana organisasi yang tidak sanggup berterus terang berhubung apa yang dilihatnya sebagai ‘masalah’.

Perbahasan mengenai samada perlunya dominasi PAS dalam PR dan bagaimana pendekatan berbeza akan terhasil oleh kerana ‘syarat’ ini akan saya bincangkan dalam artikel yang berikutnya insyaAllah. Semoga Allah memberkati semua usaha kita ke arah menghayati agamaNya dan menzahirkan keadilanNya.

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

Bahagian 1

Rujukan

Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian I)

Perkembangan mutakhir ini, dengan kemunculan gerakan Harapan Baru (HB) telah menyebabkan ramai ahli PAS berada dalam keadaan kebingungan. Mereka tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku? Mengapa PAS yang selama ini kelihatan kukuh bersatu dan sedang berada dalam kedudukan yang antara paling berjaya sepanjang sejarahnya, tiba-tiba bagaikan berpecah dua? 


Bagi sebahagian ahli, soalan yang timbul dijawab secara mudah dan dengan kaedah menghukum seperti, “tiadanya keikhlasan”, “proses pembersihan”, “sifat munafik”, “kecewa” dan sebagainya. Namun dijawab pula sebahagian yang lain bahawa, “mereka yang terlibat adalah orang-orang lama, lebih 30 tahun bersama PAS dan telah berkali-kali diuji dan terbukti keikhlasan mereka. Sekiranya sebab-sebab seperti itu adalah puncanya, sudah pasti sudah lama mereka meninggalkan perjuangan ini”. Oleh itu ramai dari kalangan ahli biasa menolak penjelasan yang mudah seperti itu. “Semestinya wujud sebab yang lain”, kata sebahagian mereka lagi.

Maka di atas sebab lain inilah yang cuba saya rungkaikan di sini. Dalam membuat analisa ini, saya terpaksa menjelaskan bukan sahaja yang tersurat tetapi juga yang tersirat. Mungkin bacaan saya tepat, tetapi mungkin juga sebaliknya, namun dalam usaha memahami keadaan yang telah berlaku, penjelasan yang saya kemukakan ini adalah, bagi saya, yang paling munasabah dan rational.

BERMULANYA MASALAH

Masalahnya pada hemat saya bermula selepas sahaja kemenangan tercapai dalam PRU 2008. Boleh dikatakan ianya merupakan ‘ujian kemenangan’ buat PAS. Pada ketika itu, PAS dan PKR berada dalam Barisan Alternatif (BA). Untuk menghadapi PRU 2008, telah diwujudkan persefahaman politik antara BA dan DAP demi mengelak berlakunya pertandingan tiga penjuru apabila berdepan dengan UMNO/BN.

Tanpa dijangka, BA dan DAP telah mencapai keputusan yang begitu baik sehingga memungkinkan pembentukan kerajaan di lima Negeri dan menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Oleh kerana ianya tidak dijangka, maka PAS agak bercelaru menanganinya!

Sehari selepas keputusan diumumkan, terdapat pimpinan PAS yang telah mengatur pertemuan dengan pimpinan UMNO. Yang sah dan nyata, cadangan membentuk kerajaan bersama UMNO/BN telah dipertimbangkan untuk Selangor dan Perak. Saya tidak dengar cadangan sama dipertimbangkan untuk Kedah. Mungkin untuk Kedah ianya tidak dianggap perlu atas sebab PAS adalah majoriti. Ianya juga tidak releven untuk Kelantan.

Di Pulau Pinang pula, jumlah kerusi DAP dan PKR mencukupi untuk pembentukan kerajaan. Maka tiada apa yang boleh dilakukan PAS kecuali untuk bersama.

‘KETIDAK SELESAAN’ PIMPINAN UTAMA PAS

Racangan bertemu pimpinan UMNO ini mungkin atas sebab ‘ketidak selesaan’ pimpinan utama PAS dengan pilihan membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP, melalui pembentukan PR, di Selangor dan Perak. Pada ketika itu, di kedua-dua negeri tersebut, PAS mempunyai kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP. Pada masa yang sama, barisan pembangkang merupakan barisan pembangkang kesemuanya Melayu Islam dari UMNO! Maka adalah dipercayai pimpinan utama PAS merasakan kekeliruan teramat untuk PAS berada di pihak majoriti bukan Melayu Islam berhadapan dengan pembangkang Melayu Islam!

Walaupun usaha rundingan ini telah akhirnya berjaya dipintas, namun sikap ‘tidak selesa’ memerintah bersama PKR dan DAP dalam keadaan PAS tidak ‘dominan’ terus menghantui pimpinan utama di dalam PAS. Hasil dari itu, timbul pemikiran yang mempertikaikan kebijaksanaan pendekatan ‘PR’ kerana ia memungkinkan PAS ‘memerintah bersama’ tetapi dalam keadaan minoriti.

Namun ketidak selesaan ini tidak dikemukakan untuk dibincang tetapi sebaliknya ianya dipendam. Dan dalam setiap ucapan, ungkapan “kukuhkan PR” terus diulangi walaupun hati berkata sebaliknya.

SEPTEMBER 16 DAN KONSEP UG

Di atas kerangka pemikiran dan logik yang sama, maka cadangan September 16 anjuran DSAI ditolak pimpinan utama PAS. ‘Majoriti Islam Melayu’ adalah syarat yang tidak mampu dipenuhi pada ketika itu.

Pada 2009 mungkin hasil ‘ketidak selesaan’ ini juga, maka cadangan ‘Unity Government’ dikemukakan oleh DS Presiden PAS tanpa apa-apa perbincangan di peringkat PAS Pusat mahu pun Majlis Syura. Mungkin UG ini dilihat sebagai satu-satunya cara untuk melepaskan PAS dari dilema bersama PKR dan DAP tanpa ‘dominasi’ PAS. Pada ketika itu kerusi PAS di Parlimen juga adalah yang tersedikit berbanding rakan PR. Melalui UG, paling kurang, majoriti ‘Melayu Islam’ dapat tercapai kalaupun tidak dominasi PAS.

Akan tetapi segala perbincangan berhubung UG ini telah dipatahkan oleh Almarhum TGNA sehingga akhirnya ianya ditarik balik secara rasmi.

Sebuah kerajaan PR dengan PAS atau ‘Melayu Islam’ sebagai minoriti, di Parlimen dan di beberapa Negeri, yang mungkin terbentuk melalui kemenangan PR, tidak boleh diterima oleh pimpinan utama PAS. Akan tetapi, ramai dari pimpinan Pusat tidak melihatnya sebagai satu ‘masalah’ yang mewajibkan PAS mempertimbang kembali keterlibatannya dalam PR! Pada masa sama, ahli biasa semakin teruja dengan terbentuknya PR. Ini terbukti melalui keputusan pemilihan Muktamar PAS pada tahun 2011.

Pada muktamar 2011 saya sendiri telah dipilih sebagai AJK PAS Pusat setelah gagal beberapa kali sebelum itu. Kemenangan saya diyakini atas sebab sikap pro-PR saya yang turut disokong perwakilan pada ketika itu.

MENANGANI ‘MASALAH’ PEMIMPIN DAN AHLI ‘TERLALU’ PRO-PR

Pada ketika inilah, pada hemat saya, ada yang merasai bahawa demi menangani ‘masalah’ ini, maka perlu ditukar saff pimpinan AJK PAS Pusat dengan yang tidakterlalu pro-PR. Pada masa sama, perlu juga ditimbulkan keresahan ahli terhadap keterlibatan PAS dalam PR. Kalau tidak, maka hubungan PAS dan PR akan benar-benar dikukuhkan dan dengan itu dilema pimpinan utama PAS akan berterusan!

Masalah ini ditangani melalui strategi serampang dua mata seperti berikut:-

1. Pimpinan ‘terlalu pro-PR’ perlu dijatuhkan pada pemilihan Muktamar dengan apa cara sekalipun, termasuk pendekatan melabel dan fitnah

2. Hubungan antara PAS dan PR perlu digodak sehingga ahli terpaksa pilih antara PAS atau PR

STRATEGI PERTAMA: MULANYA KEMPEN FITNAH DAN MELABEL

Maka sejak selepas muktamar 2011, usaha dimulakan untuk menyebarkan kebencian terhadap pemimpin tertentu. Istilah ‘parasit’, ‘Anwarinas’ dan ‘Erdogan’ mula dipopularkan dan pemimpin yang disasarkan ini turut dikritik kerana ‘tidak menyokong ide UG yang dikemukakan Presiden. Mereka dituduh menolak konsep UG kerana “mementingkan kepimpinan dan politik DSAI lebih dari politik DS Presiden”.

Pada muktamar PAS 2013, usaha untuk menjatuhkan pimpinan yang terlalu pro-PRtelah diusahakan tetapi menemui kegagalan. Kewujudan usaha ini telah didedahkan oleh Dr. Hassan Ali melalui ‘video masyhurnya’ yang dirakam di satu majlis di Melaka pada 2013.

Kegagalan ini menyebabkan berlakunya usaha yang lebih gigih ke arah ‘pembersihan’ saff pimpinan dari anasir yang kononnya “wala’ Pakatan melebihi wala’ kepada PAS”.

i) Strategi Menjatuhkan Pimpinan ‘Terlalu Pro-PR’ Pada Muktamar 2015

Dengan itu strategi yang lebih kemas telah disusun bagi menghadapi Muktamar 2015.

Langkah pertama dilakukan sebaik sahaja selesai muktamar 2013. Pesuruhjaya PAS Negeri yang terlalu kommitted dengan PR ditukar. Antaranya, Dr. Rani, yang di bawah kepimpinannya PAS Selangor telah mencapai prestasi terbaik sepanjang sejarahnya dengan memenangi 15 kerusi DUN. Sambil itu muka baru turut dilantik sebagai PJ Perak walaupun terdapat mereka yang lebih lama dan lebih layak.

Langkah kedua adalah perlaksanaan program dalaman parti yang menjalankan kempen memburuk-burukkan pemimpin pro-PR. Program dalaman seperti Liqa’ Fikri, Liqa’ Siyaasi, Nekad dan sebagainya dianjurkan sepanjang hampir dua tahun dengan tujuan menanamkan kebencian ahli terhadap kelompok pemimpin ini.

Langkah ketiga, mempopularkan individu tertentu melalui program dalaman ini sambil pemimpin yang ingin ditolak terus diasak dan diserang dengan didakwa membawa fikrah menyimpang dari dasar Islam! Tuduhan bahawa kononnya ada usaha untuk menjatuhkan Presiden mula diwar-warkan melalui program dalaman seperti ini.

Langkah keempat adalah untuk menguasai cawangan dan kawasan tertentu sebelum muktamar 2015 supaya usaha menukar saff pimpinan dapat dijayakan. Ini menjadi lebih mudah dengan kehadiran asatizah muda yang telah diasuh sejak 2009 dengan sikap tertentu. Mereka telah muncul sebagai pimpinan cawangan dan kawasan.

Langkah kelima dan terakhir, menghalang mereka yang ingin dijatuhkan dari bertemu dengan ahli melalui program parti. Program yang ingin diadakan oleh pimpinan ini dituduh “berniat berkempen” dan ditolak oleh pimpinan beberapa negeri tetapi program menjatuhkan mereka terus dianjurkan.

Lima langkah seperti di atas telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ianya tidak mungkin suatu kebetulan.

ii) Aduan Kepada Pimpinan Utama

Apabila diadu persoalan kempen jahat ini kepada DS Presiden semasa mesyuarat AJK PAS Pusat, maka telah sekadar dijawab bahawa fitnah dan dakyah adalah ‘perkara biasa’. Maka disyorkan semua yang difitnah dan diberi gelaran menghina menerimanya sebagai ‘sumber pahala’! Pokoknya, bibit perpecahan disemai dan dibiarkan begitu sahaja.

Terdapat juga pimpinan yang ‘menfatwakan’ bahawa label-melabel adalah ‘Sunnah’! Mereka mengemukakan berbagai hujjah untuk mempertahankan amalan terkutuk ini. Yang paling mengelirukan adalah dakwaan bahawa Abdullah Azam telah berpesan supaya sekiranya ada 10 peluru, maka 9 adalah untuk pengkhianat dan hanya 1 untuk musuh luar! Sedangkan Abdullah Azam menceritakan mengenai perjuangan untuk mencapai kemerdekaan menentang penjajah dan ‘pengkhianat’ yang dimaksudkan adalah orang tempatan yang bersekongkol dengan penjajah! Bukan ahli jemaah sendiri!

Tanpa usaha menghentikannya, media sosial dimanfaatkan untuk memperhebatkan lagi usaha dakyah dan fitnah terhadap pimpinan yang ingin dijatuhkan. Gelaran yang lebih serius diperkenalkan termasuk “Liberal, Sekular, Plural, anti-hudud, anti-ulama” dan sebagainya.

iii) Kemuncak Usaha Penyingkiran Pimpinan ‘Terlalu Pro-PR’

Pada muktamar 2014, istilah ‘barua dan broker’ diperkenalkan oleh DS Presiden sendiri. Melaluinya, pendirian DS Presiden yang jelas ‘berpihak’ semakin terserlah. DS Presiden menggelar saff pimpinan yang sediada pada ketika itu sebagai “pilihan muktamar, bukan pilihan dirinya”.

Menjelang Muktamar 2015, DS Presiden mengeluarkan kenyataan samada “pilih pimpinan pilihan PAS atau pilihan DAP”. Juga disebut “Muktamar sebagai medan membersihkan PAS dari pemimpin Sekular”.

Dengan usaha gigih yang dilakukan serta keterlibatan pimpinan utama sendiri, maka tidak hairan bahawa akhirnya matlamat pertama tercapai dengan cemerlangnya. Pimpinan yang ingin dijatuhkan dapat dijatuhkan secara ‘setandan’.

Bahagian kedua esok saya akan cuba menjelaskan strategi kedua, iaitu menimbulkan keresahan ahli terhadap PR. Ianya telah dilaksanakan dan jelas kelihatan semakin berjaya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Akhlak sebagai uslub dakwah

Dalam pemasaran yg berkesan, kite kena pergi jumpe customer & terangkan apa yg terbaik perkhidmatan yg kita tawarkan. Bgitu juga dalam berdakwah, kena pergi kpd org yg nak didakwah. Bukan tunggu org datang utk tengok kebaikan kita Klu kite sendiri takut utk berjumpe org, atau lari dari org yg nak berurusan dgn kita, bgaimana kita nak sampaikan msg/dakwah kita. Apatah lg kalu kita tunjukkan imej yg kurang mesra malah ego dgn kebolehan kita sendiri, siapa yg hormati dn mahu mengambil perkhidmatan kita.

Nabi berdakwah pun, pergi kpd keluarga, masyarakatnya menyampaikan risalah malah sehingga thaif sehinggakan nabi dihalau, dilempar batu. Apakah nabi mendoakan kemusnahan kpd bani thaif ekoran peristiwa itu? Ini baru berselisih pendapat dgn org bukan islam (malah dalam konteks tahaluf), apakah dgn cara menyerang balik merupakan satu uslub yg sesuai? Bukan dapat mnyelesaikan masalah, tp menjadi semakin punah tahaluf tersebut. Sedangkan melalui tahaluf, merupakan peluang yg besar dlm mendekati bukan islam dgn mempamerkan akhlak2 islam & tidak semestinya syariat islam. Tidak pelik org bukan islam menolak syariat islam, krn mrk sememangnya tidak faham syariat tersebut (termasuk huhud) selagi kite sendiri tidak dapat menunjukkan aklaknya terlebih dahulu.

"Sesungguhnya aku diutuskan semata-mata untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"
(Hadis riwayat Ibn Jarud)
Dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati".
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Kebaikan itu ialah akhlak yang baik".
-Muttafaqa Alaih-
dan byk lg nas yg menceritakan berkenaan akhlak.

Persoalan skrg, dlm masa bertahaluf siayasi, apakah akhlak ini seharusnya diketengahkan?
1. Proses berUG dgn BN/Umno dgn jadikan Nasarudin dan Hassan Ali sbg org tgh.
2. Meletakkan calon bertindih (bg kerusi PKR) di 7 kwsan yg akhirnya memenangkan kpd UMNO
3. Mencadangkan MB Selangor dr kalangan PAS sdgkan selangor dipersetujui dr PKR
4. Lain2 boleh cari sendiri termasuk kata2 presiden yg penuh "hikmah" khususnya kpd ahli sendiri.

Mcm mana la kita nk org hormatkan kita, sedangkan kita sendiri tidak menghormati org lain. Apakah ini merupakan uslub/kaedah berdakwah serta akhlak yg di ajarkan oleh islam. Kalu stakat ahli2 biasa mungkin tidak dipersoalkan sgt. Ini presiden, scara tidak langsung mencerminkan parti Pas itu sendiri. Ini tidak termasuk bberapa kenyataan presiden yg bercanggah serta berbolak balik. Kekeliruan ini wpun disedari umum, ttp atas dasar wala' kpd pemimpin, saf2 pimpinan tidak berani menegur melainkan rata2 pimpinan dr saf yg disingkirkan dlm muktamar baru2 ini.

Sebagaimana kenyataan ibnu yusuf rawa, 
"Apa berlaku jika kita mengetahui bahawa parti tidak selari dengan apa yang mereka ajar? Bagaimana jika parti melakukan perkara lain? Bagaimana anda boleh kekal setia jika parti melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, sebagai contoh?"
Walaupun panjang berjela dan menepati kandungan Al-Quran & sunnah dasar2 yg digariskan, tetapi perlaksanaan yg tersasar, apakah ia dikira mengikut Al-Quran dan Sunnah?

Allahu a'lam
24 Julai 2015

Pandangan Anak2 Bekas Presiden PAS

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seharusnya kembali kepada pendekatan yang ditinggalkan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam usaha menyelamatkan gabungan pembangkang dan menumbangkan Barisan Nasional (BN), kata Nik Omar Nik Aziz.

Anak bekas menteri besar Kelantan itu berkata, arwah bapanya sering mengingatkan, segala permasalahan perlu dibawa ke meja rundingan dan pemimpin PAS seharusnya memulakan inisiatif itu.

“Cara nak selesai, lebih baik melalui meja rundingan. Dalam PR ada Majlis Presiden, di sinilah ruang terbaik.

“Saya rasa parti PAS yang mesti memulakan inisiatif langkah terbaik, bincang secara teliti, ikhlas supaya dapat dikekalkan PR, sebab itu pendekatan Tok Guru,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Omar berkata, ayahnya terlalu sayangkan ikatan sesama parti dalam PR melebihi kasih sayang kepada anaknya sendiri kerana sedar PAS tidak akan dapat mentadbir negara sendirian.

Katanya, Nik Aziz sedar landskap politik Malaysia memperlihatkan PAS perlu bersama sekutunya - PKR dan DAP - dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN.

“Macam mana pun, kita kena terima, PAS ini parti politik, kita nak bezakan politik yang PAS nak bawa dengan lawannya, Umno, yang berasaskan kebangsaan dan sekular.

“Apabila politik, kita kena fikir akhirnya kita mahu undi. Di Malaysia, Allah buat ketentuan masyarakat majmuk dan agama pelbagai. Kalau kita fokus pada satu bangsa sahaja, dari segi logiknya agak sukar kita nak dapat kuasa.

“Dari situlah yang saya faham, Tok Guru beri perhatian serius kepada Islam dan bukan Islam. Selain untuk dakwah, Tok Guru lihat jangka masa panjang, dia juga tengok melalui undi tadi,” katanya.

Mengulas hasrat PAS memutuskan hubungan dengan DAP seperti yang dipersetujui semasa muktamar parti itu awal bulan ini, Nik Omar berkata beliau menghormati Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana menghormati ayahnya sendiri, namun mengakui pendekatan presiden PAS itu berbeza dengan ayahnya.

Katanya, Nik Aziz jelas menunjukkan bagaimana akhlak pemimpin Islam yang sepatutnya untuk mendekati DAP bagi menghasilkan kejayaan dalam hubungan PR.

“Kalau kita berbaik melalui perbincangan, hormat-menghormati, ziarah-menziarahi, guna saluran perbincangan yang betul sebagaimana Tok Guru tunjuk dulu, mungkin suasana agak berbeza sikit.

“Kalau tanya saya secara peribadi, saya lebih suka kita masih ada ruang (untuk berbaik dengan DAP) sebab kita tahu DAP ini 90% pimpinannya bukan Islam.

“Kalau mereka tunjuk akhlak yang tidak sesuai dengan kita orang Islam, padanlah, sebab dia bukan Islam. Kita sendiri lebih sesuai tunjuk pendekatan Islam bagaimana,” katanya.

Sementara itu anak kepada bekas presiden PAS, Faiz Fadzil berkata, PAS kini tidak berpijak kepada realiti dan cuba kembali kepada zaman retrogresif 1970-an.

Faiz yang merupakan anak kepada Datuk Fadzil Mohd Noor berkata, pimpinan PAS pada hari ini juga sudah melupakan pendekatan bapanya yang banyak membawa kejayaan besar kepada parti itu.

“Mereka tidak berpijak pada realiti. Tak mungkin PAS boleh memerintah Malaysia atau negeri Pantai Barat tanpa berpakat dengan parti lain.

“Kalau hanya melihat PAS di Pantai Timur yang majoriti rakyatnya adalah Melayu, mungkin boleh berjuang sendirian.

"Tetapi sejarah membuktikan PAS tak mampu membentuk kerajaan dengan berjuang bersendirian," katanya sambil menambah, malah sewaktu membentuk kerajaan negeri Kelantan pada 1990, PAS bermuafakat dengan Semangat 46.

"Tanpa muafakat Angkatan Perpaduan Ummah, tak mungkin kita boleh bentuk kerajaan,” katanya.

Beliau mendakwa, ucapan penggulungan Hadi semasa muktamar lepas yang positif terhadap Umno jelas menunjukkan ahli Parlimen Marang itu dan pengikutnya tebal dengan semangat ketuanan Melayu.

Katanya, PAS harus sedar, Islam itu bersifat terbuka, inklusif dan rahmat, selaras dengan gerakan Islam yang tidak diturunkan kepada golongan tertentu.

“Mereka tak dapat terima pendekatan yang dibina Fadzil untuk kembangkan PAS dan letakkan parti dalam persada arus perdana.

“Di Malaysia berbeza dengan Arab. Kita di Malaysia pelbagai kaum, jadi, pendekatan kena berbeza.

“Kita hidup di Malaysia perlu menerima masyarakat majmuk dan berkongsi kuasa. Malaysia tak boleh dipusatkan pada satu kaum pemerintahannya. Mesti berkongsi,” kataya kepada The Malaysian Insider.

Seorang lagi anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata kepimpinan PAS yang dahulu berbeza dengan kepimpinan sekarang apabila mengelak dari perbuatan keji dan mungkar.

Katanya, sifat terbuka PAS ditambah dengan budaya terlalu berpolitik, menjadikan pimpinan sekarang tidak mampu mengawal anasir buruk yang berlaku dalam parti.

“Zaman dulu tak ada perebutan jawatan dalam parti dan masing-masing bukan nak melawan antara satu sama lain. Masing-masing menolak untuk memegang jawatan.

“Mungkin juga mengambil kira pada waktu itu PAS tiada kerajaan negeri, tidak ada kekuatan seperti hari ini," katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, walaupun ada perbezaan pandangan pada waktu itu, ia lebih dilihat sebagai satu perkara biasa yang berlaku dalam organisasi.

“Tidak wujud cantas mencantas, fitnah memfitnah, label melabel maka perjalanan parti dipacu semangat persaudaraan,” katanya.

Ketika ditanya hala tuju PAS apabila parti Islam itu kini dianggotai anak dan menantu Hadi, Mujahid berkata, ini bukan kali pertama keluarga presiden dominan dalam parti.

Katanya, bekas presiden PAS Tan Sri Asri Muda yang terlebih dahulu mengamalkannya sehingga parti Islam itu dilabel sebagai parti keluarga.

"Dulu masa zaman kemuncak Asri, ada gelaran yang diberikan kepada PAS.

"Ini kerana Asri presiden, ketua Muslimat isterinya, ketua Pemuda menantunya, AJK PAS yang lain kroni-kroninya. Dulu mereka namakan ‘Parti Asri Sekeluarga’, PAS.

"Maknanya ini bukan kali pertama dominan keluarga presiden dilihat terserlah dalam PAS. Cuma soal yang lebih utama saya harap keberadaan menantu dan anak itu kerana merit.

"Saya yakin mereka ada merit sebab mereka dipilih perwakilan. Mungkin perwakilan melihat mereka ada merit. Bukan melihat mereka anak Hadi atau menantu,” katanya.

Faiz pula berkata, PAS perlu dilihat berbeza dengan parti lain kerana parti Islam itu dikurniakan dengan ramai pemimpin berkebolehan.

“Macam ayah saya, dia ambil pendekatan Khalifah Umar Abdul Aziz untuk mengelak berlakunya kepimpinan kekeluargaan dalam parti.

"Bila berlaku kekeluargaan dalam parti, ia menyukarkan keputusan dibuat secara kolektif, kerana ada keluarga dalam jawatankuasa kepimpinan. Bukan satu suasana yang baik dalam parti."

Nik Omar pula berpandangan mungkin Hadi melihat dari sudut berbeza dan percaya anak dan menantunya mempunyai kebolehan untuk memimpin.

Sumber
http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/06/ikuti-pandangan-nik-omar-anak-tgna-faiz.html

Bahaya indoktrinasi dan 'asobiyyah dlm berjamaah

KRONOLOGI PERLANGGARAN JANJI TAHALUF SIYASI OLEH PAS 

Tulisan ini bertujuan utk pencerahan [Al-Maidah ayat 8] pada "emosi luar kawalan" sbhgn besar ahli PAS yg bersungguh mengungkapkan DAP tak hormati PAS/Presiden PAS sehingga dijadikan topik "DAP bashing" dlm muktamar pelbagai peringkat baru ini.
PERTAMANYA, 

ALLAH mengingatkan utk berlaku 'adil pada sesiapa sahaja (walau musuh);

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Orang beriman wajiblah;
[1] Menjadi org yg menegakkan keadilan kerana Allah dgn "menerangkan kebenaran"
[2] Janganlah sesekali berlaku tidak ‘adil (zalim) terhadap musuh (atau bukan kumpulan kita).
[3] Keadilan adalah sifat org bertaqwa.

Di posting lepas,
Saya hanya kemukakan SATU CONTOH perlanggaran kuasa Presiden yg tidak ikut bahkan mengenepikan perlembagaan PAS, yg membawa mudharat begitu besar buat PAS, hingga kesannya PAS secara teknikal telah pun "terputus hubungan" dgn Pakatan Rakyat. Ia hanya disebabkan sifat tergopoh-gapah Dewan Ulamak yg cuba menjadikan muktamar sbg medan menyerang DAP. 
Hingga kini saya masih terkejut dgn kenyataan Dewan Ulamak;
"Kami hanya nak gempar sahaja utk putuskan hubungan dgn DAP, bukan sungguh untuk putuskan". Dan keduanya saya sgt tak sangka Presiden sanggup mengarahkan usul tersebut untuk diterima secara paksa oleh perwakilan muktamar.
Baru satu teguran saya kemukakan, dah berduyun serangan peribadi pelbagai pihak diterima. Mereka tidak dapat menerima bahawa Presiden PAS telah melakukan kesalahan besar dalam jamaah. Seolahnya kedudukan ketua kesayangan jamaah kita itu mestilah sentiasa suci dari kesalahan sedemikian. 
[Moga Allah ampunkan kita semua serta Tuan Guru kita Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang]
Ramai juga marah sebab saya perincikan segalanya dlm bentuk tulisan. iAllah saya ada jawapan, mengapa perlu dilakukan sedemikian.
1. Tujuan ramai ahli PAS menafikan kesalahan sendiri tersebut, tidak lain untuk mahu terus melemparkan sahaja kesalahan itu pada pihak luar, ie. DAP atau PKR, dgn tujuan membersihkan PAS dari segala keburukan tersebut. Maka disebut dan diulang-ulangi, Presiden PAS terpaksa bertindak balas termasuk "memutuskan hubungan dgn DAP" atas alasan menjaga maruah parti Islam.
2. Itulah contoh doktrin “salah faham walak” yg di "indoktinasi"kan melalui system tarbiyyah PAS yg sedang membinasakan gerakan Islam. Bahkan menjadi FITNAH besar buat Islam itu sendiri. 
3. Ramai menuduh DAP/PKR sbg pengkhianat, tidak hormat pada PAS dan Presiden PAS. Namun mereka disumbat utk mendiamkan diri, bahkan menyorokkan sebarang perlanggaran janji oleh PAS pada Pakatan Rakyat itu pula.
4. Prinsip plg utama dlm perjanjian adalah ‘aqad, atau janji sesebuah ikatan. Ramai kalangan PAS meremehkan asas perjanjian tersebut, atas alasan, bagi kumpulan Islam, “tahaluf dgn kumpulan bukan Islam itu bukanlah suatu yg kekal”.
5. Ya benar, tahaluf bukan suatu yg kekal. Ia adalah ketetapan bersyarat yg diteruskan selama masih menguntungkan Islam. Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS menyenaraikan paling kurang 6 syarat perjanjian itu.
6. Namun, hakikatnya, walau remeh bagaimana sekalipun, selama sesuatu perjanjian itu masih lagi effektif (berkuatkuasa) tanpa sebarang pembatalan atau pembubaran, maka selama itulah adab dan disiplin dlm berjanji WAJIB dipegang.
Rasulullah SAW menyebut;
“Seseorang mukmin (adalah mereka) yg berpegang pada janji mereka”.
7. Perlu diingat, disebabkan perjanjian tahaaluf itu melibatkan 3 pihak, maka mana-mana sahaja pihak yg mahu membatal atau menukar apa2 sahaja persetujuan dan janji itu, wajiblah membincangkannya semula dgn dua pihak lain yg berjanji. HARAM hukumnya suatu pihak membatalkan sesuatu perjanjian secara bersendirian, atas apa alasan sekalipun.
ITULAH konsep perjanjian ('aqad) dalam ISLAM.
Sekarang saya akan bawakan "antara punca asas" perlanggaran janji / kesalahan besar oleh PAS, hanya dlm contoh krisis Menteri Besar Selangor tahun lepas. Bagi saya, inilah antara punca plg awal PAS "kehilangan trust" atau keyakinan yg begitu dahsyat dari rakyat, ahli sendiri, bahkan dari bangsa dan agama lain, mudharat hingga ke hari ini.

Antaranya;
[ Kes MB Selangor sahaja ];
[a] Seawal 2012 lagi, PAS dan DAP melihat kegagalan Khalid Ibrahim (TSKI) sbg Menteri Besar yg membawa aspirasi Pakatan Rakyat Selangor. Maka atas persetujuan JK Kerja PAS Pusat, satu surat telah dihantar kepada PKR mendesak diturunkan segera TSKI dari jawatan MB, demi menyelamatkan masa depan PR di Selangor. Pointnya, desakan paling kuat untuk digugurkan TSKI dari MB datang dari PAS dan DAP. Bukan idea asal PKR.
[b] Awal 2014, selepas terdapat bukti serious melibatkan TSKI, PKR menggerakkan “Kajang Move”, dan mendapat persetujuan kesemua parti utk sama-sama membantu dlm PRK tersebut. Secara dasar PAS bersetuju turut membantu PRK Kajang tersebut. Tetapi ramai dalaman PAS (khasnya dari Terengganu) dibiarkan memboikot PRK tersebut tanpa teguran oleh Presiden PAS.
[c] Selepas kegagalan Kajang Move, PKR melakukan beberapa pendedahan kes moral TSKI kepada media dan kepada pimpinan PR sendiri. PKR menyatakan, itu sbg sebab jelas utk mereka menukar MB pada masa itu. Ironinya, PAS tanpa diduga mengambil langkah mempertahankan pula kepimpinan TSKI tersebut dgn pelbagai alasan.
[d] 24 Julai 2014, dlm mesyuarat Majlis Presiden PR yg Presiden PAS putuskan untuk tidak hadir (diwakilkan), ketetapan bersama PAS & DAP utk membawa cadangan rasmi PKR utk pertukaran MB tersebut ke parti masing-masing, dan akan menyatakan keputusan 10 Ogos 2014 (dan ditukar kepada 17 Ogos 2014). Itulah keputusan bersama PR hari tersebut.
[e] Tidak sampai 24 jam, Presiden PAS sendiri membuat keputusan unilateral menolak keputusan mesyuarat yg beliau tidak hadir tersebut, dgn menyatakan PAS akan terus mempertahankan kepimpinan TSKI sbg MB Selangor, tanpa menunggu keputusan mesyuarat JK PAS Pusat pada 17 Ogos 2014 tersebut (pengumuman selepas Kuliah Jumaat di Rusila).
[f] Hari kelima Syawal 2014, Presiden PAS berjumpa terus dgn Tuanku Sultan Selangor, dan kemudiannya Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bersendirian menolak pencalonan yg dipersetujui PKR/DAP melantik Dato’ Seri Wan Aziah (DSWA) sbg MB Selangor. Alasan yg diulang-ulangkan adalah, disebabkan beliau seorg wanita.
[g] 17 Ogos 2014, sebaik memulakan Mesyuarat JK Kerja PAS Pusat, Presiden PAS mengejutkan semua, apabila beliau sendiri mencadangkan dua nama, DSWA dan Azmin Ali sbg calon pengganti MB. Cadangan TGHA disokong 100% AJK PAS Pusat. Juga dlm kenyataan media diulangi sekali lagi bahawa kerusi MB Selangor adalah milik PKR, dan PAS tidak akan mengmbilnya.
[h] 17 Ogos 2014, 6:30 petang, di Empire Hotel Subang Jaya, berlaku satu mesyuarat Majlis Presiden yg melegakan semua pihak (termasuk menggembirakan puluhan pemberita yg bertepuk tangan), iaitu satu sahaja nama dipersetujui bersama oleh PKR, PAS dan DAP, iaitu DSWA sbg pengganti MB Selangor, selepas Azmin Ali menolak pencalonan bagi menghormati pendirian PKR.
[i] 22 Ogos 2014, tanpa disangka, Presiden PAS sendiri secara diam mengajak Azmin Ali “melompat” ke dalam PAS bersama beberapa ADUN lain, untuk membantu PAS membentuk "kerajaan baru" dgn Azmin dinamakan sbg MB yg baru. Semua pihak "speechless" dgn pendedahan Azmin. Ia akhirnya terpaksa diakui sendiri oleh Presiden PAS dlm mesyurat JK PAS Pusat pada 25 Ogos 2014.
[j] 25 Ogos 2014, teguran dibuat oleh JK Kerja PAS Pusat atas perlanggaran janji oleh Presiden PAS tersebut, dan PAS secara collective, mengulangi pendirian asal PAS yg diputuskan pada 17 Ogos 2014 sebelum itu.
[k] Selepas buntu disebabkan Presiden PAS masih tidak benarkan Surat Persetujuan 3-parti diserahkan kepada istana, maka Tuanku Sultan menitahkan pula setiap parti menamakan plg kurang 3 nama untuk nilaian istana.
[l] Pada awal September 2014, Presiden PAS lagi sekali melanggar terma asas perjanjian PAS dgn PKR/DAP, apabila menyerahkan kesemua 3 calon ADUN dari PAS sbg calon MB kepada istana. Ini bererti PAS mengkhianati janji utama oleh PAS sendiri, sama ada dlm bentuk pertuturan, tulisan dan kefahaman yg telah lama terbentuk di dalam PR Selangor, bahawa, Selangor diserahkan pada PKR untuk memegang MB.
[m] Selepas tekanan dalaman parti dan Setiausaha Agung PAS sendiri, selang sehari selepas itu, Presiden menukarkan 2 cadangan nama ADUN PAS tersebut dgn memasukkan dua nama ADUN lain dari PKR yg tidak pernah dipersetujui dlm mesyuarat JK PAS Pusat, tapi, mengekalkan nama Iskandar Samad sbg calon MB Selangor daripada PAS.
[n] Sepanjang hampir dua bulan krisis MB Selangor itu berjalan, sehinggalah perlantikan YB Tuan Mohamed Azmin Ali Bin Ali sbg MB pilihan istana pada 22 September 2014, PAS menerima kritikan dan serangan hebat dari ahli politik dan rakyat, termasuklah dari golongan bukan Islam atas pelbagai tindakan pengkhianatan dan perlanggaran janji yg jelas dilakukan, dgn mengenepikan langsung keputusan dalaman parti dan juga keputusan bersama Majlis Presiden PR.
Ikhwah akhawat;
Itu hanyalah sebahagian kronologi ringkas punca pelbagai siri salahguna kuasa dalaman parti, dan tindakan sendirian Presiden PAS melanggar keputusan “syura JK PAS Pusat” dan “keputusan bersama Majlis Presiden PR”. Maka itulah punca besar PAS menerima ujian FITNAH besar pada masa ini hingga memberikan gambaran Islam yg sgt buruk pada seluruh rakyat dan negara.
ADIL kah utk kita HANYA "menyerang DAP/PKR" yg dituduh mengkhianati PAS, tidak menghormati PAS, setelah mengetahui hakikat sebenar bahawa kumpulan kita sendirilah yg telah memulakan pelbagai kerosakan dan perlanggaran/pengkhianatan (makar) dlm satu perjanjian rasmi yg diikat atas pelbagai dasar bersama Pakatan Rakyat? 

Dan satu lagi yg tidak disangkakan, rentetan peristiwa yg telah berlaku tersebut, maka;
Tanpa diduga;
Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS pada 7 September 2014, selepas pelbagai serangan luar, dan teguran, kritikan dalaman dilontarkan pada sikap Presiden PAS tersebut, demi memelihara maruah Presiden PAS yg teruk diserang pada masa itu, MSU  telah membuat keputusan yg mengejutkan, iaitu;
“Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua urusan parti. Atau dalam huraian lain menyatakan bahawa TGHA selaku Presiden mempunyai "kuasa veto" yg berhak membuat keputusan bersendirian, atau membatalkan apa sahaja keputusan yg telah dibuat oleh PAS atau PR, tanpa boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Dan secara langsung keputusan itu membebaskan Presiden PAS dari pelbagai kesalahan pembatalan keputusan-keputusan syura JK Kerja PAS Pusat sendiri yg telah berlarutan selama lebih dua bulan, termasuklah juga perlanggaran janji-janji Pakatan Rakyat yg sudah berlaku.
Nota;
[ Infrographik di atas membezakan walak atau kepatuhan pada ketua dlm konteks berjamaah, dibandingkan dgn perjanjian bersama pihak luar (DAP/ PKR) yg hanya diikat oleh ‘aqad. Kecelaruan timbul apabila elemen berjamaah dan 'amal jamaie yg dipegang oleh ahli-ahli PAS itu (dlm gerakan Islam) telah cuba dipaksakan kepada pihak luar yg langsung tidak ada keterikatan dgn jamaah PAS ]

8. Sejak tarikh keputusan MSU memberikan “kuasa veto” pada Presiden PAS itu, kocakan dan serangan balas antara ketiga-tiga parti berlarutan di luar kawalan mana-mana pihak. Media UMNO benar-benar gembira dan melaksanakan tugas mereka dgn lancar sekali atas segala krisis dalaman PR tersebut.
9. Presiden PAS pada 20 September 2014, dalam penggulungan Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, dalam nada yg marah dan membakarkan emosi ahli-ahli utk meneruskan serangan pada PKR/DAP, apabila memilih untuk melemparkan kata celaan seperti “broker dan barua” yg disambut gembira oleh para penyokong yg begitu ta’asub pada susuk tubuh itu.
Itu baru sahaja isu krisis keyakinan dan pengkhianatan dalam isu MB Selangor.
10. Saya tidak berhajat lagi membicarakan kes pengkhiatan PAS apabila menantu Presiden PAS sendiri, Zaharuddin Muhammad berpakat dgn Presiden PAS untuk meletakkan sahabat baik Zaharuddin sbg calon PAS di Kota Damansara dgn menolak calon PKR. Juga perkara yg sama berlaku di Sungai Acheh, Pulau Pinang. PR mengalami kekalahan pada dua seats tersebut atas tindakan pertandingan 3 penjuru melibatkan PAS.
Ikhwah akhawat;
11. Saya tegaskan, isu perlanggaran dan pengkhiantan janji dalam “bertahaaluf” tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dalam 16 perjanjian yg beliau meterai. Namun apabila ianya dilakukan oleh Presiden PAS, bangkitlah para ustaz-ustaz muda PAS, Dewan Ulamak PAS, MSU PAS, etc, pakat mencari pelbagai dalil dan nas untuk membenarkan segala bentuk kesalahan dan pengkhianat tersebut, demi menjaga maruah dan airmuka seorg ulamak yg dikasihi, dan hormati tersebut.

Itulah yg disebut Nabi Muhammad SAW;

قلت يا رسول الله ِما العصبية قال أن تعين قومك على الظلم
الراوي : واثلة بن الأسقع الليثي أبو فسيلة

Aku bertanya wahai Rasulullah;
"Apakah maksud 'asobiyyah wahai Rasulullah?" 
Jawab Nabi, iaitu "Engkau menolong saudara engkau di atas perkara zalim".
Dan balasan Allah pada 'asobiyyah adalah jelas;
"Sesiapa yg berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asobiyyah atau marah kerana ‘asobiyyah, maka kematiannya adalah jahiliyyah”. 
Sahabat-sahabiyyah seperjuangan,
12. Saya benar-benar mengajak seluruh sahabat-sahabat yg dikasihi yg amat sayangkan perjuangan Islam ini untuk duduk sejenak bermuhasabah diri atas keterlanjuran kita hingga terjatuh dlm perangkap 'asobiyyah yg cukup membinasakan penghujung hayat kita kelak. Jangan lagi kita salah faham bahawa 'asobiyyah hanya ditujukan pada UMNO disebabkan perjuangan bangsa itu sahaja. 
'Asobiyyah sebenar adalah apabila kita terus membiarkan diri atau PAS itu sendiri berlaku tidak 'adil pada organisasi lain yg kita tidak sukai. Itulah hakikatnya.
Ikhwah akhawat,
13. PASCA Muktamar PAS yang lalu; segala lemparan nista dan label buruk yg ditujukan pada sesiapa sahaja yg menegur kesalahan    PAS tersebut, dengan istilah-istilah buruk antaranya;
- Tidak walak,
- Berwalikan org bukan Islam
- Mengkhianati jamaah sendiri
- Menggadaikan prinsip Islam
- Beriman dgn Pakatan
Dan sebagainya, adalah satu usaha “kempen sungguh buruk” sejak beberapa tahun oleh sbhgn para pimpinan sendiri dan para ustaz-ustaz penceramah PAS yg akhirnya Dewan Ulamak sendiri meminta hanya memilih "senarai chai" AJK Kerja PAS Pusat yg dikatakan kononnya mahu membetulkan semula jamaah yg sudah dirosakkan.
14. Natijah akhir segala indoktrinasi yg panjang itu adalah, berjayalah satu projek meng"nyah"kan semua "parasit" atau pengkhinat perjuangan dalam Muktamar PAS kali ke-61 minggu lepas. Ia adalah manifestasi kejayaan besar "membuang tolol" dari perjuangan Islam (istilah Presiden PAS) dari terus menerajui PAS.

Wallahu 'alam

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

Nyamuk Mengigit: Tolaklah kenyataan diatas dgn hujah dan kronologi kejadian dgn fakta dan akal yg waras,bukan dgn kepala lutut!

kadar tune talk

RM50 / 0.28 = 178 minit
RM20 / 0,28 = 72 minit ("Percuma")
Jumlah minit = 250 minit dgn belian RM50 dgn KADAR 0.28 sen seminit

250 minit = 0.28 sen


Jika minit yg sama adalah 178 minit,
178 / 250 x 0.28 sen = 0.20 sen

Ringkasnya
1. Top up di bawah RM50 adalah berkadar RM0.28 sen seminit

2. Top up RM50 dan ke atas baru menikmati kadar 0.20 sen seminit