Perubahan Jumlah Undian


KENAPA JUMLAH PENGUNDIAN BOLEH BERUBAH?

Apa perlunya peti undi diusung & dihantar ke pusat pengiraan undi?

Objektifnya mudah, BN dgn kerjasama sekutu rapatnya SPR mempunyai ruang masa dgn boleh mengenalpasti keptusan tersebut samada perlu penambahan atau tidak undi pos, undi hantu dsb. Proses ini boleh dibuat semasa PENGHANTARAN peti undi ke pusat pengiraan undi dgn kawalan sepenuhnya oleh SPR - (Parti komponen BN). Sekiranya, pengiraan di pusat pembuangan undi telah menunjukkan kekalahan kpd BN, proses "top-up" boleh berlaku semasa proses penghantaran tersebut. Sekiranya majoritinya terlalu besar, agak sukar utk "top-up"kan & ini biasanya memberi kemenangan kepada PR. Sebaliknya, sekiranya majoriti yg agak sedikit, agak mudah BN membawa masuk lain2 peti undi.

Pasal tu seringkali kita melihat, undi awal telah dimenangi PR, tp bila pengiraan semula dipusat pengiraan undi, calon BN pula yg perolehi kemenangan! Pasal tu juga byk berlaku "blackout", pengiraan undi sampai 5 6 kali (tujuan tambah masa), kekecohan pertambahan peti undi dan pelbagai insiden yg tidak masuk akal bg tujuan “top-up” ini...

Bgitu juga dgn keputusan undi pos, kenapa ia tidak diumumkan terlebih awal, atau pengiraan slps tamat mengundi serta mewakili mana2 kawasan yg berkenaan? Ia menunjukkan, undi pos merupakan sbg penyelamat serta "bantuan" di mana2 kawasan BN yg hampir tumbang / tumbang.

HAKIKATNYA...

Pengiraan undi sememangnya boleh dibuat terus di tempat pembuangan undi selepas sahaja tempoh mengundi tamat. Ia dpt menjimatkan masa, kos & meningkatkan ketelusan. Di tempat pengundian pula, sudah mempunyai pegawai SPR, pegawai polis dan wakil2 calon yg bertanding serta proses pengiraan terus boleh dilakukan. Untuk tujuan pengesahan, borang 14 dikeluarkan. Oleh itu, apa perlunya, peti undi dihantar ke pusat pengiraan undi sedangkan keputusan telah diperolehi & disahkan? Apa yg perlu dibuat, keputusan sahaja yg perlu dihantar samada menerusi email, atau sistem SPR sendiri ke pusat pengiraan undi & BUKANnya beserta peti/kertas undi tersebut menerusi helikopter, teksi, polis even kenderaan SPR sendiri! Terlalu byk kecenderungan penipuan dalam proses tersebut - Pertukaran & petambahan peti undi / kertas undi.

Selagi proses angkut peti undi tidak dihentikan, & selagi SPR tidak dibersihkan, selagi  itulah Pakatan Rakyat TIDAK AKAN dpt menawan putrajaya & selagi itulah rakyat terus ditipu & polisi negara akan terus ditadbir urus oleh perompak2 harta rakyat.

Nota ;

Mesranya SPR sbg salah satu komponen parti dalam  BN sbgaimana ;
1.       Masa pengumuman “Parti kita telah memenangi Parlimen / DUN... – SPR”
2.       Rata2 pegawai SPR adalah ahli UMNO..

BANGKITLAH KITA RAKYAT, SAYANGI NEGARA KITA – SAMA2 KITA PERANGI PENYANGAK TERMASUK SEKUTUNYA – SPR - (Suruhanjaya Penipu Rakyat)


Plan A
Perjumlahan secara normal. Sekiranya sst kwsan BN telah tewas, mrk akan meneruskan dgn plan B

Plan B
Semasa proses penghantaran peti/kertas undi ke pusat pengiraan undi. Di sini berlaku pelbagai senario top-up khususnya bg kwsan2 yg mempunyai majoriti yg sedikit. Undi pos, undi hantu kertas undi yg siap dipangkah, terutamanya dr daftar pengundi yg telah tiada/tidak wujud/mati) dilakukan bg memenangkan calon BN. Mcm2 senario yg pelik2 berlaku dlm proses ini..

Plan C
Sekiranya, kerusi parlimen majoriti dimenangi oleh PR - migrant akan dilancarkan bg mempertahankan kuasa..