Jalanraya tempat rakyat “dibunuh”....
Musim maut bakal kembali,
jalanraya bakal dipenuhi
dengan darah ia dibasahi
dengan air mata ia ditangisi..
Dukacitanya kita sebagai rakyat malaysia jalanraya adalah tempat kita bermandikan darah. Kalau dulu tentera mati di medan perang, tetapi sekarang ramai yg mati di tengah jalan. Itulah senario jalanraya di Malaysia terutama di musim perayaan ini. Berapakah banyakkah negara menanggung kerugian ekoran kehilangan satu nyawa? Pelbagai altenatif telah dibuat, tp kemalangan tetap menggila saban musim.
Melihat kepada perbezaan lokasi, jumlah kemalangan begitu ketara sekali berlaku di lebuhraya perseketuan berbanding lebuh-lebuh raya berbayar seperti PLUS dan sebagainya. Apakah lebuhraya berbayar ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tertentu dibandingankan dengan lebuhraya perseketuan yang angka kemalangan mautnya adalah jauh lebih tinggi?
Aku juga adalah sebagai salah seorang pengguna lebuh raya persekutuan yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun melalui lebuhraya perseketuan Segamat-Gambang dan Jerangau Jabor yang dikenali antara yang mencatat kemalangan maut yang tertinggi terutamanya di musim-musim perayaan. Seringkali sikap pemandu dipersalahkan. Pelbagai pembelajaran, peringatan dan nasihat serta berjuta-juta ringgit kerajaan mengeluarkan kos bagi mendidik pemandu. Apakah sikap pemandu perlu dipersalahkan di dalam permasalahan ini? Tidak ku nafikan sikap pemandu adalah antara faktor utama kenapa kemalangan maut ini terjadi, tetapi apakah kita selama ini sedar, apakah punca seseorang pemandu boleh bersikap sedemikian? Apakah pemandu berada dalam keadaan tertekan, yang membuat mereka hilang kesabaran serta juga hilang pertimbangan semasa memandu? Apakah pula yang membuatkan mereka tertekan dan hilang kesabaran? Ku rasa mereka juga sedar akan keselamatan mereka ditambah apabila disertai dengan keluarga. Tentunya mereka tahu nilai nyawa mereka dan keluarga mereka tetapi kenapa mereka harus memperjudikan nyawa mereka ditengah-tengah jalan raya dengan begitu mudah?
Kepadatan kenderaan di jalanraya membuatkan deretan kenderaan yang panjang sering terjadi di lebuhrayara persekutuan. Betulkah? Jika betul kenapa? Jika aku sebagai menteri, mungkin aku tidak merasakan fenomena ini, kerana perjalan ku pantas melalui udara. Perjalanan ku pantas dengan diiringi polis dan pelbagai lagi kemudahan yang membuatkan aku selesa dan lekas sampai. Tetapi aku hanya rakyat biasa, bergelut dengan hiruk piruk kenderaan yang bertali arus yang sama-sama berjuang untuk sampai ke destinasi.
Jalanraya yang sempit dan tidak mempunyai ruang memotong yang mencukupi dan selesa membuatkan sesetengah pemandu adalakalanya hilang pertimbangan yang boleh merubah sikap mereka. Permasalahan ini jarang atau tidak berlaku dilebuhraya berbayar dengan mempunyai lebih dari satu lorong. Kebiasaan deretan kereta yang panjang berlaku apabila ada kenderaan di hadapan yang bergerak perlahan terutamanya kenderaan berat seperi lori. Pemandu kenderaan ringan seperti kereta terpaksa beratur panjang dan terpaksa menunggu waktu yang agak lama bagi melepasi halangan tersebut. Jika halangan di hadapan terdapat lebih dari satu lori yang berturutan, tentunya akan lagi menyukarkan pemandu-pemandu kenderaan ringan melepasi halangan tersebut. Aku sebagai pemandu di saat ini, merasakan melepasi satu bebanan yang agak berat selepas dapat memotong dengan selesa setelah sekian lama bergelut dengan deretan kereta yang panjang.
Persoalan kenapa kemalangan maut lebih sering terjadi di jalan yang lurus jika dibandingkan dengan jalan yang berliku? Jawapan yang agak mudah di sini adalah, kerana semasa di jalan lurus inilah pemandu baru mendapat peluang untuk memotong walapun adakalanya peluangnya agak tipis. Itu tidak termasuk dengan pengalaman serta kepakaran seseorang pemandu semasa membuat pemotongan yang adakalanya membahayakan pemandu-pemadu lain. Samada dari jarak, masa, kelajuan (speed), kemampuan kenderaan, gear yang bersesuaian semasa membuat pemotongan.
Sesuatu perjalanan yang jauh tentunya akan memberi tekanan kepada pemandu-pemandu di samping lain-lain faktor bagi sampai ke sesuatu destinasi. Halangan-halangan seperti kenderaan berat di atas, akan menambahkan lagi tekanan kepada pemandu-pemandu yang boleh mengakibatkan mereka hilang pertimbangan yang membawa kecuaian seterusnya kepada kemalangan. Dalam melepasi halangan tersebut, kepakaran seseorang pemandu adalah sangat penting bagi memastikan melepasi halangan tersebut dengan selamat. Walaubagaimanapun, penantian yang terlalu lama akan menambah lagi tekanan kepada pemandu-pamandu yang boleh membuatkan mereka hilang pertimbangan dalam melepasi halangan tersebut walaupun dalam keadaan mereka yang mempunyai peluang yang amat sedikit untuk berbuat demikian. Ini akan menjuruskan kepada kemalangan yang tidak jangka.
Oleh itu, dalam membendung sikap pemandu yang juga sebagai manusia biasa dalam menghadapi risiko sebegini, struktur jalanraya yang selesa perlu dipertingkatkan oleh kerajaan. Di samping stuktur-struktur asas seperti keadaan jalan yang baik, tetapi apa yang lebih penting, perlu ditingkatkan atau penambahan ruang-ruang memotong bagi memudahkan pemandu-pemandu melepasi halangan. Sifat tidak sabar dan tekanan mungkin dapat dikurangkan, kerana pemandu tahu mereka mempunyai banyak peluang yang lebih selesa di dalam melepasi sesuatu halangan. Jika jarak lebuhraya seperti lebuhraya jerangau jabor dalam lingkungan 200km, apakah dikatakan membazir jika dibina bagi setiap 15km atau 20km atau lokasi-lokasi yang difikirkan sesuai setiap lorong memotong? Jika setiap lorong memotong sejauh 1km dengan kos RM10juta (anggaranku, tidak termasuk kos melepas), apakah RM200 juta menjadi pembaziran jika dibandingkan dengan lain-lain kempen yang menelan belanja yang begitu besar tetapi kemalangan maut semakin hari semakin meningkat?
Pengirim : Abu Hakim