RM50 / 0.28 = 178 minit
RM20 / 0,28 = 72 minit ("Percuma")
Jumlah minit = 250 minit dgn belian RM50 dgn KADAR 0.28 sen seminit
250 minit = 0.28 sen
Jika minit yg sama adalah 178 minit,
178 / 250 x 0.28 sen = 0.20 sen
Ringkasnya
1. Top up di bawah RM50 adalah berkadar RM0.28 sen seminit
2. Top up RM50 dan ke atas baru menikmati kadar 0.20 sen seminit
Nilai ringgit jatuh, taraf hidup rakyat merosot lagi
BERITA TERBARU --> Nilai ringgit jatuh, taraf hidup rakyat merosot lagi: KERAJAAN seolah-olah menyembunyikan sesuatu berhubung kejatuhan nilai ringgit, padahal perkara ini mendapat liputan meluas dalam
KERAJAAN seolah-olah menyembunyikan sesuatu berhubung kejatuhan nilai ringgit, padahal perkara ini mendapat liputan meluas dalam
WWW.HARAKAHDAILY.NET|BY AZMI
Kes Altantuya: Inikah penghujungnya?
Dia dibunuh kejam pada 2006.
Kini, selepas hampir sedekad, dua bekas anggota polis dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan, sekali gus menjadikan kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan Altantuya Shaariibuu sampai ke penghujungnya.
Tetapi adakah kes melibatkan warganegara Mongolia itu benar-benar berakhir?
Daripada kes di Mahkamah Tingi Shah Alam yang mendapati Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar bersalah, kemudian keputusan sebaliknya di Mahkamah Rayuan kepada hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan, terdapat satu perkara yang sukar difahami – motifnya.
Mahkamah tidak menyatakan alasan berhubung tindakan mereka, yang bertugas dengan unit khas ketika itu, membawa Altantuya ke dalam hutan dan meletupkannya.
Sebuah lagi persoalan penting berhubung panggilan telefon yang dilapor dibuat oleh Azilah daripada tapak kejadian. Dengan siapa sebenarnya beliau bercakap?
Dan sekarang Sirul sendiri hilang dan dikatakan berada di luar negeri.
Selain itu, kes berbelit-belit itu juga mencipta kejutan apabila dikaitkan dengan kes pembelian kapal selam ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.
Polis telah membersihkan nama Najib manakala orang kepercayaannya Abdul Razak Baginda, yang mengaku mempunyai hubungan dengan Altantuya, dibebaskan daripada tuduhan bersubahat.
Ketidakhadiran Sirul di mahkamah hari ini membuka sebuah lagi 'teori konspirasi', dengan ada yang percaya bahawa dia mungkin akan membongkar sesuatu.
Sumber

Kes Altantuya: Siapa, apa dan mengapa
Kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariiibuu telah berakhir dengan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dihukum mati.
Perbicaraan itu menyaksikan 75 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan hanya memanggil Azilah dan Sirul.
Terdapat beberapa persoalan yang masih berlegas di minda, seperti:
Segara telah mendengar rayuan tiga tertuduh (termasuk penganalisis politik Abdul Razak Baginda) apabila mereka mula-mula dihadapkan ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, kes itu kemudian dipindahkan untuk didengar oleh Hakim Mohd Zaki Yasin. Segara kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Rayuan di mana beliau kemudiannya bersara.
Terdapat juga perubahan pendakwa dan juga bekas ketua pendakwaan Selangor Sallehuddin Saidin digantikan pada saat-saat terakhir dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang dikenali rapat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, manakala Sallehuddin pula rapat dengan bekas peguam Ketua II Mohd Yusof Zainal Abiden.
Sallehuddin akhirnya berhenti daripada Pejabat Peguam Negara. Tun Abdul Majid juga mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tipu terhadap bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik yang melibatkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Turut menarik perhatian ialah hakikat bahawa peguam Wong Kian Kheong, yang dikatakan rapat dengan peguam negara, telah mewakili kedua-dua Abdul Razak dan Ling.
Wong pada mulanya berkhidmat di Pejabat Peguam Negara tetapi beliau kemudiannya menyertai Lee Hishammuddin, sebuah firma guaman yang diasaskan oleh sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang ketika itu menteri dalam negeri.
Wong telah pun dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.
Afidavit itu telah difailkan oleh Wong apabila Sirul dan Azilah ditangkap, dengan menuding jari pada mereka.
Selepas itu, Balasubramaniam dan keluarganya berlepas ke India selepas didakwa diminta berbuat demikian selama lima tahun sebelum pulang pada tahun 2013. Penyiasat persendirian itumeninggal dunia akibat sakit jantung tidak lama selepas itu.
Najib telah bersumpah dalam masjid pada tahun 2008 bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Altantuya.
Keluarga Balasubramaniam telah memfailkan saman RM1.9 juta terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Cecil, serta enam orang lain, tetapi saman itu telah ditolak bulan lepas

- Mengapa ada perubahan hakim dan pendakwa?

- Mengapa dan siapa Azilah telefon?
- Mengapa motif tidak dijelaskan?
- Mengapa pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu?
Afidavit itu telah difailkan oleh Wong apabila Sirul dan Azilah ditangkap, dengan menuding jari pada mereka.
- Mengapa Sirul mendakwa dia telah dijadikan sebagai"kambing hitam" untuk melindungi "rancangan mereka" dan siapa yang dia maksudkan?
- Adakah kedua-dua anggota polis ini bertindak atas kehendak mereka sendiri?
- Apakah peranan DSP Musa Safri - bekas adikong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - hanya terhad kepada menghantar Azilah ke rumah Abdul Razak di Damansara Heights dan pejabat di Jalan Ampang untuk menyelesaikan masalah?
- Apakah peranan yang dimainkan oleh Altantuya dalam perjanjian Kementerian Pertahanan dalam pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis yang bernilai berbilion ringgit? Adakah dia tahu sesuatu lebih daripada itu?
- Adakah Najib kenal Altantuya seperti yang didakwa dalam Akuan Bersumpah (SD) pertama P Balasubramaniam yang menurutnya adalah berdasarkan apa yang Abdul Razak beritahu kepadanya?
Selepas itu, Balasubramaniam dan keluarganya berlepas ke India selepas didakwa diminta berbuat demikian selama lima tahun sebelum pulang pada tahun 2013. Penyiasat persendirian itumeninggal dunia akibat sakit jantung tidak lama selepas itu.
Najib telah bersumpah dalam masjid pada tahun 2008 bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Altantuya.
Keluarga Balasubramaniam telah memfailkan saman RM1.9 juta terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Cecil, serta enam orang lain, tetapi saman itu telah ditolak bulan lepas
Sumber
Waran tangkap? Peminat K-Pop boleh trauma
Kumpulan pemimpin masyarakat sivil mendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertindak keterlaluan kerana mengancam untuk menangkap tiga remaja bertudung yang dilaporkan dipeluk dan dikucup anggota kumpulan artis K-Pop.
Antaranya, peguam hak asasi, Datuk S Ambiga yang bimbang tindakan itu akan menyebabkan remaja bertudung berkenaan mengalami trauma.
"JAWI mahu mendapatkan waran tangkap kepada gadis muda dalam K-Pop? (Tindakan) itu boleh mendatangkan trauma kepada mereka buat sepanjang hidup mereka," katanya di Twitter.
Beliau mengulas laporan yang menyebut, JAWI akan mendapatkan perintah mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap sekiranya remaja bertudung tersebut tidak hadir untuk siasatan.
Laporan Utusan Malaysia menyebut, pengarah JAWI Paimuzi Yahya berkata jabatan itu memberi tempoh tujuh hari bermula semalam kepada remaja perempuan itu untuk tampil bagi siasatan.
Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam.
Subscribe to:
Posts (Atom)